Tuesday, March 30, 2010

SATU TEKAD

Malam ini saya memaksa diri semaksimum mungkin untuk mengupdate tesis.Sungguh kali ini saya benar2 risau.tarikh untuk menghantar proposal sebelum 7hb april..satu tarikh yang begitu dekat dan hampir2 membuat saya tak keruan..Ya Allah,kuatkan aku

Atas keterpaksaan, akhirnya saya berjaya menambah pages dari 15 pages menjadi 51 pages..baru di edit separuh dan separuh lagi saya sudah bosan untuk meneruskan lagi..biar esok saya bertarung lagi..ya,HARUS!

Buat "erm"...maafkan saya kerna tak membalas mesej anda.bukan mahu berdiam diri, tapi kali ini tesis buat saya makin berserabut.maaf!moga anda cepat sihat,rajin2 makan ubat..hanya doa dapat saya titipkan..jaga diri baik2 ye!

Sunday, March 28, 2010

tesis oh tesis...

Minggu lepas,hari jumaat,kawan2 saya berkunjung ke rumah sewa saya..rancangnya untuk sama2 masukkan data ke dlm spss..dan kebetulan hari itu,di kota bharu diadakan jom heboh.saya agak ini adalah 1st time jom heboh di sini...

malam itu,kami keluar makan..sempat lagi meronda wakaf che yeh..konon tadi semangat untuk membuat assignment berkobar2..tapi ini jadinya..dalam perjalanan pulang,masing2 sudah mengantuk.saya sendiri pun kalah..alahai..dugaan datang!

pagi esoknya baru kami memulakan kerja.dari 100 data,saya hanya sempat masukkan 25 data..huhuhu....satu pencapaian yang amat teruk bukan???:)

petang hari,kawan2 saya pulang ke besut...erm..tinggal saya sendirian di rumah batu besar ini..walau ramai orang,terasa masih kesunyiaan..

minggu ni,30 n 31hb kelantan cuti..bestnyer rase..mahu pulang atau tidak ye?erm..masih dalam perkiraan...

sebentar lagi saya akan mula membuat tesis..doa2 kan la saya sempat buat 25 data lagi atau 35 lagi..(angan itu sentiasa ada..)

Thursday, March 25, 2010

menangis lagi...

satu ketika dulu, saya sangat sukar menangis!terlalu!walau orang disekeliling mengalir air mata, tapi saya masih ego tuk menangis..tidak diketahui mengapa..mungkin hati saya terlalu ego dan terlalu ingin menunjukkan egois!

tapi itu dulu...bukan kini...semalam,saya sebak sendirian.saya menangis sendirian.menahan rasa dan sakit sendirian.saya pujuk diri sendiri,saya tepuk2 pipi,kesat air mata dengan kasar dan cakap "jangan nangis!" dan semalam saya menjadi begitu lemah hanya kerana sedikit ujian!

kalau lah saya punya kekuatan,kalau lah saya punya ketabahan,kalau lah saya punya kehebatan,pasti tidak menangis!tidak akan air mata itu keluar dan terus mengalir laju seakan tidak mahu berhenti.ya Allah,sungguh kali ini aku rebah!

saya rindukan pendorong,saya mahukan sokongan!

andai saya tersungkur seawal ini, masihkan ada nikmat untuk saya di akhirat sana?????

terimbas kembali....(sewaktu kecil)

ketika kecil, saya cukup rapat dengan nenek sebelah abah.pelbagai barang dibelu untuk saya..pendek kata saya seperti cucu kesayangan.entah kenapa dengan ma, saya terasa cukup jauh.dengan ma, saya banyak melawan,menangis, sakit hati dan pelbagai.tak tahu kenapa.Andai saya merajuk,saya akan lari ke rumah nenek,saya angkut pakaian saya ke rumah nenek..walau sebenarnya rumah itu hanya di sebelah sahaja..dan ma akan pergi mengutip baju2 saya selang beberapa hari selepas itu

dan saya ketika ini,terlalu mudah menangis.terlalu!

masuk ke alam sekolah menengah,hati saya jadi keras.jarang menangis...walau berpisah dengan teman sekalipun, airmata saya sukar untuk menitis walau setitik!

masuk ke alam universiti, saya mengalami simptom ade kala menangis,ada kala sukar menangis...dan waktu itu...saya sering menangis hanya kerana perasaan yang lemah!dugaan buat gadis seperti saya.yang ingin disayangi tetapi tersepit kerna ingin menjaga kesucian syariat.andai saya bena22 kuat, saya tak kan sewenangnya terjerumus ke dalam dunia seperti itu.sungguh!

dan kini, saya semakin jauh...jauh tak tercapai...andainya saya punya hati yang kuat....:(

Tuesday, March 23, 2010

kebingungan...

Ya Allah..
bantu aku menguraikan kekusutan ini..
Aku lemah ya ALLAH..padahal ujian ini tidaklah terlalu berat
Ya Allah..aku insan hina dina ini merayu..bantulah aku keluar dari benua perasaaan yang makin lama makin menghancurkan hidup aku!

Saturday, March 20, 2010

rindu...

Sejak sebulan yang lepas, saya tidak pulang ke kampung.Bukan tidak rindu, tapi ada sesuatu yang menghalang.saya sendiri tidak pasti.kepada ma dan abah, maafkan anak mu yang seorang ni..

Sekarang rumah itu sepi..adik beradik saya yang lain semua ada hal masing2..tinggal lah ma, abah dan adik mat.buat adik mat..pasti dia seronok sebab x ada yang akan merebut channel tv dengannya lagi.pasti kartoon 24 jam!

dan minggu ni, saya pulang ke kampung..menjenguk ma abah..kesian ma..sakit tumitnya belum sembuh2..saya dengan rela hatinya telah membelikan ubat pokok ajaib.moga2 ubat itu menjadi buat bonda tersayang..dan kaki abah..ada kesan parut..katanya sebab pakai kasut but orang..huhu..kenapa la banyak2 kasut but..dipilihnya kasut but itu??

minggu ni jugak, mak teh,pakcik n makcik datang berkunjung..em..something yang berlaku.sangat2 terkejut!tapi dah settle..alhamdulillah...

tok dengan murah hatinya memberikan duit rm50 kepadaku sambil berkata "ni tok kasik..nanti2 mung kijo,bagi kat tok plok..hehe"..tok.tok....memang sporting habis!
tadi pagi tak sempat nak salam tok dan mok..em...teruk betul cucu diorang neh!aish!

pagi tadi, selama 2 jam saya menunggu bas.sangat menguji kesabaran!kesian abah terpaksa tangguhkan kerja dia semata-mata mahu menunggu saya naik bas.terima kasih abah atas keprihatinan itu..yang aku x bisa membalas walau segunung wang ku longgokkan..;)

menjelang asar,saya selamat sampai ke kota bharu..alhamdulillah...

Thursday, March 18, 2010

TERFIKIR....

Kini saya dihantui perasaan ingin berteman.ya,teman sehidup semati.Tapi di mana "Dia" yang telah dijanjikan oleh Allah itu..dan bila dia akan datang dalam hidup saya..dek kerana melihat ramai teman2 saya yang sudah berkahwin, bertunang dan sudah ada yang menimang cahaya mata, saya di datangi rasa cemburu!

Ma abah nampaknya sudah memberi greenlite.erm..tanpa diketahui anaknya yang sorang ni belum lagi menjumpai calon.masih lagi dalam lingkungan menanti sebuah jawapan yang sekian lama ditunggu-tunggu...

dan saya mengerti,sebenarnya saya perlu,harus dan mesti redha jika jawapan akhirnya tidak mengundang bahagia.tidak mengapa, Allah itu MAHA PENYAYANG..Di mana-mana, Allah memberi kasih sayangnya.Saya serta hati saya tidak perlu risau akan itu semua..doakan saya juga akan mendapat suami yang soleh, yang mampu membimbing amanahnya..

kepada teman-teman yang sedang menempuh bahagia, semoga kalian semua bergembira dan semoga jodoh yang diberikan berkekalan sehingga akhir hayat..amin..

Di sini saya serta kan beberapa ciri calon yang baik.selamat menghayati...


Pemilihan calon
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami


• beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
• bertanggungjawab terhadap semua benda
• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
• berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
• tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
• rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri


• beriman & solehah
• rupa paras yang cantik dan elok
• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
• menentukan mas kahwin yang rendah
• wanita yang subur
• masih dara
• berasal dari keturunan yang baik
• bukan keturunan terdekat

Thursday, March 11, 2010

kesyukuran

Memanh Allah sentiasa ada..dekat sangat.bila kita perlukan DIA,pasti ada..terima kasih kepada insan2 yang begitu pada diriku saat aku butuh.Memang amat membantu..Moga rahmat Allah mengiringi hidup kalian...

Kepada ma dan abah,kak mintak maaf masih belum mahu pulang ke kampung..bukan sengaja tapi bimbang mahu meninggalkan motor..maaf!



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines