Sunday, August 30, 2009

ERTI BAHAGIA


Ini saya senaraikan mutiara kata yang saya copy dari internet..sila lah baca dan faham erti sebenarnya...:)


Kebahagiaan terletak pada kemenangan memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak yang berlebih-lebihan. ( Imam Al-Ghazali ).

Bahagialah orang yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi kusir untuk nafsunya dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya. ( saidina Ali Abi Talib ).


Berbahagialah orang yang dapat menyalahkan dirinya sendiri sebelum menyalahkan orang lain. ( Maksud hadis ).

Thursday, August 27, 2009

HARI ITU...JUMAAT....

Saya membelek2 buku di hadapan..baru 2 muka saya membaca, saya sudah mula melakukan aktiviti biasa iaitu mencari makanan di dapur..konon kalau study ni cepat lapar..entah lah betul atau tidak teori itu tapi sememangnya tiap kali saya study..hanya lapar+mengantuk je yang ada...Tapi lepas solat, saya membuat air Kopi...untuk menyegarkan mata...Malam ni ada 4 chapter yang perlu ditelaah..sempat@seperti biasa hanya main langkau jerk ye...Malam tadi abah telefon lagi bertanyakan mahu pulang ke kampung atau tidak minggu ini..Jawapanya tidak memandangkan banyak tugasan yang disiapkan.."maafkan saya ma abah"....i really love both of u... Dan pagi ini dengan rasa mengantuk yang amat...saya menjawab soalan test...ianya berkisar chapter 1 dan 2..erm..nampak gayanya apa yang dibaca malam tadi disoal tapi dek kerna kesuntukan waktu saya hanya mampu mengingatnya sekali lalu saja..harap2 test kali ini lulus...pepatah arab menyatakan "man jadda wa jada"..siapa berusaha dia mendapat..tapi saya?sukar nak mengatakan ya kerna saya tahu saya sentiasa HANGAT2 TAHI AYAM..

Wednesday, August 26, 2009

KEPENATAN...

Semalam,saya mengalami keletihan yang amat.Pagi menghadiri kelas dan pada sebelah petangnya saya bersama2 kawan2 sibuk menguruskan hal praktikal.Soal nya bukan rumit tapi dek kerana perlu mengambil tandatangan puan penasihat,urusan itu menjadi leceh. Maka hari itu kami berlima (yani,nunis,ema,nisha n saya) menjadi seperti student yang paling sibuk. Penat terasa kerana bulan puasa, cuaca panas tapi kerana amanah itu kami tetap teruskan. Dan hari itu jugak saya mencari sedikit hadiah buat ema sempena besday nya...sememangnya saya seorang yang kurang arif untuk memberi hadiah,mahu beli apa??kerna saya lokek dan jarang sekali memberi..lebih banyak menerima..hehe.maka buat ema..die insan bertuah kerna mendapat hadiah dari orang seperti saya..dan juga Zati..kamu juga bisa mendapat title orang bertuah kerna ade sesuatu juga untuk kamu..Saya jadi teringat ade satu petikan di dalam novel ayat2 cinta karya Habiburrahman...ade hadis nabi.."Tahaadu tahaabu" salinglah kalian memberi hadiah maka kalian akan saling mencintai.."
Maka kepada Ema dan Zati..Selamat ulang tahun ya.Moga kalian berdua berada di dalam rahmatNya..Amin...

Monday, August 24, 2009

SESUATU....

Bercakap pasal bulan puasa ni...hari ni saya betul2 penat..dengan sebok dan kalut2 pasal praktikal..sampai 1 jam lebih kt cc semata2 untuk print segala surat praktikal...dan harga utk itu ialah RM7.30 x silap.Erm...mintak2 Allah masih berkenan pada hambaNya yang satu ni untuk dipermudahkan segala sesuatu...Petang tadi saya sempat membelek2 buku yang dibeli sudah berminggu rasanya...tapi masih x sempat untuk meneliti..tajuknya SOLAT TANPA PAHALA& KUASA SOLAT SUBUH..Penulisnya Muhammad Qusri al-Jifari...dan Syeikh M. Nuruddin Marbu Al-Makki..dalam tu die cerita pengalaman beliau pasal solat...dan sebenarnya saya hanya baca sekali lalu sahaja...tapi input yang saya dapat..dengarkan baik2..."RAMAI ORG SOLAT TAPI X SEMESTINYA SEMUA SOLAT MEREKA DITERIMA". Anda gerun mendengarkan statement ni??adakah?mungkinkah??Hanya Allah yang mengetahui....

Friday, August 21, 2009

EPILOG HAMBA

Wednesday, August 19, 2009

RAMADHAN....


akhirnya ramadhan tahun ni akan tiba x lama lagi....huhu..ape ye persiapan aku?dah ready ke blom ni?Tp ape pon aku cukup berterimasih dan bersyukur kepada Allah sebab aku masih lagi dikurniakan nikmat nyawa...terima kasih Ya Allah...



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines