Thursday, March 25, 2010

menangis lagi...

satu ketika dulu, saya sangat sukar menangis!terlalu!walau orang disekeliling mengalir air mata, tapi saya masih ego tuk menangis..tidak diketahui mengapa..mungkin hati saya terlalu ego dan terlalu ingin menunjukkan egois!

tapi itu dulu...bukan kini...semalam,saya sebak sendirian.saya menangis sendirian.menahan rasa dan sakit sendirian.saya pujuk diri sendiri,saya tepuk2 pipi,kesat air mata dengan kasar dan cakap "jangan nangis!" dan semalam saya menjadi begitu lemah hanya kerana sedikit ujian!

kalau lah saya punya kekuatan,kalau lah saya punya ketabahan,kalau lah saya punya kehebatan,pasti tidak menangis!tidak akan air mata itu keluar dan terus mengalir laju seakan tidak mahu berhenti.ya Allah,sungguh kali ini aku rebah!

saya rindukan pendorong,saya mahukan sokongan!

andai saya tersungkur seawal ini, masihkan ada nikmat untuk saya di akhirat sana?????

terimbas kembali....(sewaktu kecil)

ketika kecil, saya cukup rapat dengan nenek sebelah abah.pelbagai barang dibelu untuk saya..pendek kata saya seperti cucu kesayangan.entah kenapa dengan ma, saya terasa cukup jauh.dengan ma, saya banyak melawan,menangis, sakit hati dan pelbagai.tak tahu kenapa.Andai saya merajuk,saya akan lari ke rumah nenek,saya angkut pakaian saya ke rumah nenek..walau sebenarnya rumah itu hanya di sebelah sahaja..dan ma akan pergi mengutip baju2 saya selang beberapa hari selepas itu

dan saya ketika ini,terlalu mudah menangis.terlalu!

masuk ke alam sekolah menengah,hati saya jadi keras.jarang menangis...walau berpisah dengan teman sekalipun, airmata saya sukar untuk menitis walau setitik!

masuk ke alam universiti, saya mengalami simptom ade kala menangis,ada kala sukar menangis...dan waktu itu...saya sering menangis hanya kerana perasaan yang lemah!dugaan buat gadis seperti saya.yang ingin disayangi tetapi tersepit kerna ingin menjaga kesucian syariat.andai saya bena22 kuat, saya tak kan sewenangnya terjerumus ke dalam dunia seperti itu.sungguh!

dan kini, saya semakin jauh...jauh tak tercapai...andainya saya punya hati yang kuat....:(

0 comments:



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines