Friday, November 22, 2013

TAKDIR ALLAH ITU INDAH

Bukan senang menerima segala dugaan dengan hati yang terbuka.Bukan senang mententeramkan hati dan bukan sekelip mata sahaja melupakan apa yang terjadi melainkan duduk berteleku memotivasi diri dan bermuhasabah.Memang takdir Allah itu indah tetapi kadang-kadang hati yang liat sukar sebenarnya melihat. Ya Allah,kau hapuskanlah rasa terkilannya hati,kau tutuplah hatiku dari bersangka buruk dan kau jauhkanlah aku sejauh-jauhnya dari perkara buruk.Aku tidak ingin jadi jahat,aku tidak ingin berhati busuk.Cukuplah hanya kau yang mengetahui segala isi hatiku ini..

Takdir yang ku terima ini adalah tadbir darimu.Tiada pentadbir terbaik melainkan kau.Andai diriku ini tidak hebat di mata manusia, aku pinta biarlah aku insan dan makhlukmu yang kau kurniakan kehebatan SABAR yang tiada tepinya. Aku tidak ingin disanjung manusia sekiranya semua itu menjauhkan diriku darimu.Aku sedar kelemahan dan kekurangan diriku...cuma aku berharap tiada sekelumit pun dendam yang bersarang.Aku ingin sekali berhati emas, walau manusia tidak dapat merasa tetapi hanya kau yang tahu menilainya. Kau bahagiakanlah aku dengan kehidupanku selepas ini kerna aku punya tanggungjawab kepada keluarga.kepada suami,kepada bakal anak dalam kandungan ini dan seluruh ahli keluargaku.jadikanlah aku manusia yang sentiasa BERLAPANG DADA DAN SABAR kerana sesungguhnya TAKDIR DAN TADBIRMU ITU INDAH...

Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines