Thursday, May 28, 2009

MONOLOG

"Sudahlah mengingat pada yang dah xde",suara mak menghentikan lamunan saya petang itu. Ya,memang aku tengah mengelamunkan seseorang.Seseorang yang amat teristimewa di hatiku.Arwah abah.Ya,dia memang istimewa bagiku.Tiap kata abah aku menurut kerna aku rasa kata2 abah itu penuh bermakna dan aku membesar bersama guidline yang abah bagi. "Kamu ni..cubelah jadi penyabar sikit.Kamu pukul pun budak tu, bukan selesai masalah.hai...abah tak ajar jadi macam ni.Tu setan dah terlompat2 gelakkan kamu.."sekali abah bersuara memang berbekas di jiwa.Abah memang pendiam tapi kata2nya mampu menundukkan anak2.

Seminggu sebelum abah pergi,abah mengajak aku berbicara

Abah : Kamu tahu kenapa mak dan abah ada perbezaan?mak kamu banyak cakap, abah pendiam

Saya : entahlah bah..dah jodoh agaknya..
Abah : Bukan sekadar jodoh Am, tapi itu percaturan Allah yang Maha Hebat. Banyak bende yang ade kat bumi ni ade sebabnya Allah jadikan begitu

Saya : kenapa bah?
Abah : Sebab Allah mahu kami saling mengimbangi..mak kamu memang agak panas baran..jadi abah perlu dan harus bersabar agar rumahtangga kami aman..kalau sama2 panas baran..kamu tahu kan? abah pendiam sebab abah lebih suke diam sebab abah berfikir sebelum berkata2. kalau abah mengeluarkan kata2 sebelum berfikir,porak peranda jadinya



Teori abah memang tepat dan padat...Dan sehingga aku kini bekeluarga dan mempunyai 2 orang anak, aku masih teringat kata2 abah walau saat itu dah berlalu 5 tahun yang lalu...


" ANAK YANG MERINDUI SEORANG ABAH..."

Tuesday, May 26, 2009

SHORTKOS

Erm...xtau la nk cakap macam mana shortkos ni...bosan yang teramat...huhu...ape la yang aku nak buat selain pergi kelas balik kelas..malam tu tengok tv, baca buku...n tido..esoknyer begitu la....yang sememangnyer aku ni jenis yang xtau nak isi masa kosong...tau nyer termenung jer...huhu...aku pernah bace satu kata2. masa kosong ni sebenarnya akan membunuh segala2.membunuh otak untuk berfikir..ditambah palk laptop rosak...baru tadi pergi ambik kat kedai..nk tau cas bape rm?RM15.Nampak murah je kan???tapi jumlah sedikit itu mampu menanggung makan minum 2 hari aku..tengah2 sengkek ni..segala2nya mahal di mata aku..hehe..hampir nak menangis rasa saat x sampai sepuloh ringgit pon dalam akaun aku..masa tu aku fikir abah mesti xde duit jugak..so..last2 aku mintak bantuan kawan aku...alhamdulillah..saat2 terdesak ni masih ada sahabat yang sudi membantu....terimakasih sahabat!

Sunday, May 3, 2009

DESTINASI CINTA

“Destinasi cinta yang ku cari sebenarnya terlalu hamper kelam kerana dosaku…”direnung bait lirik nasyid itu.Terkena pada dirinya.dia mendengar lagi “jangan mudah melafaz cinta,cinta itu pada yang Esa,cintakan bunga,bunga kan layu cintakan manusia kan pergi..”.ye betul!tak guna melafaz cinta pada sesuatu yang tak pasti.Ya Allah,kenapa aku diuji dengan ujian sebegini?

Direnungnya sahabatnya yang asyik membaca tafsiran quran.Gadis itu memang solehah,rasanya dia sendiri tidak mampu menjadi seperti itu.Wajahnya bersih biasan iman dan takwa yang terbentuk.Senyumannya mendamaikan jiwa yang resah sepertinya. “Asrar,salahkah bercinta?”spontan soalan itu terkeluar.Gadis bernama Asrar itu berkalih seketika ke arahnya kemudian membaca satu tafsiran. “Dalam tafsiran surah Al-Baqarah ayat 216 berbunyi,boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedangkan ia baik bagimu,boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk buatmu.Allah maha mengetahui sedangkan kamu tidak ketahui.sodaqaallahulazim..”.Bagi Asrar cinta antara manusia itu banyak merosakkan hati.Kita suka pada cinta tapi lihat saja kesannya.Asrar rasa kita belum faham erti cinta sebenar.Cinta sejati kita hanya buat Allah.Dia yang memiliki cinta,kenapa kita tidak mencintai Dia,sedangkan Dia adalah segala-galanya?Lien,Lien ada problem?nak kongsi?”,tenang dia menyoal.Lien tersenyum tawar.Mana mungkin tiada apa pun masalah yang dikongsi,malah setiap masalah hidupnya dikongsi dengan Asrar.Seolah-olah gadis itu menjadi personal adviser buatnya. “Asrar kan tau,sekarang Lien dilamun cinta.Sudah lama Lien tahan perasaan ini.Lien tahu istilah couple tiada dalam islam.Sebab itu Lien sedaya upaya mengelak dari berjumpa dengannya.Tapi Lien tak mampu untuk lari dari perasaan rindu jika seharian tidak mendapat mesej dari dia.Lien rasa jiwa Lien resah.Dia baik,banyak mendidik Lien untuk kenal islam.Banyak bagi tazkirah tapi semua itu hanya menyebabkan Lien dah tak concern pada study.Lien bingung apa salahnya dengan cinta kami”,luahnya tanpa segan.Pandangannya ditundukkan ke lantai. “Lien,cinta memang satu fitrah.Allah yang kurniakan cinta itu.Jika cinta tiada,mana mungkin kita akan lahir.Nabi Adam dan siti Hawa adalah bukti cinta yang agung.Kerana cinta,nabi Adam tergoda untuk makan buah khuldi maka terlontarlah mereka berdua ke dunia ini,lalu berkembanglah cucu cicitnya sampai ke generasi kita.Lien,Asrar tak menafikan Khalis baik orangnya.Selalu ke masjid.Tapi hanya satu sahaja dia tak mampu lakukan iaitu menahan nafsu untuk mencintai wanita.Asrar tak katakan dia salah mencintai wanita tapi jalannya tak syara’.Dia menyunting Lien ketika saat masih belum bersedia,masa yang lambat untuk menuju perkahwinan.Jika hubungan terjalin sebelum berkahwin,maka wujudlah karat di hati.Khalis sepatutnya bermujahadah untuk meluah perasaannya pada ketika ini.Saat kita belum bersedia ni,usahlah menghampiri cinta.Semua itu hanya memudaratkan.Lien sendiri pun kena lah bermujahadah,lawan nafsu tu.Banyakkan istighfar.Saat Lien ingatkan Khalis,segera istighfar.Ingat Allah itu jauh lebih lazat dari mengingati makhluk ciptaannya,yang belum pasti lagi samaada menjadi suami kita kelak”.tegas gadis itu berbicara.Lien tertunduk malu. Sudah bertahun dia mengenali gadis campuran cina dan India itu tapi biasan imannya seakan sukar melekat pada dirinya. “Apa yang harus Lien buat sekarang?Lien sayangkan Khalis.Lien rasa dia calon terbaik untuk memimpin Lien”dia masih tidak mampu mengurangkan rasa sayang pada lelaki itu. Asrar diam seketika kemudian menyambung “Lien,mintaklah petunjuk dari Allah.Dia penentu keputusan paling layak dan paling tepat.Dia yang mengetahui segala.Asrar hanya mampu untuk tunjukkan cara,bukan mampu membuat keputusan terbaik.Asrar bukan maksum.Hanya makhluk ciptaanNya jua.Selalulah solat taubat dan istikhorah.Mintak Dia tunjukkan jalan.Asrar yakin Dia pasti akan tunjukkan jalan buat hambanya yang ikhlas mencari kebenaran.”Gadis itu berlalu tatkala azan maghrib sudah kedengaran.Pastinya Asrar mahu bersolat jemaah di surau kecil yang terletak di underground kolej mereka.Dia juga kadang2 mengikuti Asrar bersolat di situ bersama-sama sahabat Asrar yang lain.Sahabat2 Asrar juga wanita yang sejuk dipandang.Lengkap berjubah dan bertudung labuh paras punggung.Wajah mereka bersinar,bicara mereka mendamaikan dan tiap bait kata mereka mengandungi nasihat dan peringatan.Lien akui dia masih jauh untuk mencapai tahap seperti mereka.Walau pun dia juga bertudung labuh namun pakaian dia selalu yang menjolok mata.Selalu berhias.Tudung turki yang dipakai sentiasa digandingkan dengan jubah yang berfesyen,yang dilengkapi pelbagai labuci dan warna yang menarik perhatian.Sebab itulah tiap kali dia melangkah,langkahnya sentiasa menjadi perhatian dan siulan sang lelaki.Walau dia wanita yang menjaga aurat,dia tidak mampu menutup mata lelaki untuk memandangnya.pernah juga Khalis menegurnya supaya berpakaian ala kadar,tidak perlu berhias sangat tapi semua itu sekadar berlalu begitu sahaja.Dia senang dengan penampilannya.Malah bangga ditatapi berpuluh pasang mata lelaki.Nauzubillah…Lien tersedar dari kelakuannya.Dia nekad,esok dia mahu mengubah penampilan.dia tekad!

Esoknya Lien hanya mengenakan baju kurung sahaja beserta tudung turki.Wajahnya pun hanya dipakaikan bedak asas.Tiada calitan lipbam pada bibir.Dibiarkan dengan warna asli.Dia tampak lebih cantik begitu kerana Lien sememangnya mempunyai kecantikan asli.Asrar sedikit terkejut dengan perubahan Lien tapi jauh di sudut hatinya dia gembira dengan perubahan Lien itu. “Cantik Lien hari ni.Sejuk mata memandang”,Lien menghadiahkan sekuntum senyuman buat sahabat kesayangannya itu. “Petang ni,Lien nak ikut Asrar ke usrah ustaz saiful Johari.Boleh?dia memandang wajah sahabatnya itu. “Boleh,kenapa tak boleh pulak..Ilmu adalah untuk setiap orang.Lien berhak mendapatkannya.Mesti ustaz gembira kerana usrahnya makin mantap dengan adanya Lien.Dah lama ustaz nak Lien join usrah tu.Lien akan dapat banyak manfaat darinya.”,seulas senyuman tercalit di bibir gadis itu.Kemudian,kedua-duanya membawa haluan masing2 untuk menghadiri kuliah.Lien menuju ke fakulti perubatan manakala Asrar menuju ke fakulti Islam.Kedua-duanya tampak bersemangat untuk menimba ilmu..

“bekerjalah kamu seolah kamu akan hidup selamanya dan beramal lah kamu seakan kamu akan mati pada esok hari”

Seperti yang dijanjikan,Asrar dan Lien menuju ke uwais al qarni,tempat usrah ustaz Saiful Johari diadakan.Sudah ramai ketika itu yang sudah sampai.Lien terasa segan sedikit lantaran ini kali pertama dia berada di situ.Dia menyalami sahabat2 Asrar kemudian bersedia menerima input dari Ustaz Saiful Johari

“Imam Ghazali berkata: Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain,maka dia adalah pendusta.Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan,maka dia adalah pendusta.Barangsiapa mengaku cintakan Nabi Muhammad saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan fakir miskin,maka dia adalah pendusta.Barangsiapa mengaku takutkan neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat,maka dia adalah pendusta.Barangsiapa yang mengaku cinta Allah tetapi keluh kesah dengan ujian-Nya,maka dia adalah pendusta”tegas ustaz itu berhujah.Semangatnya untuk memimpin para pelajar untuk mengenal islam amat tinggi.Dia menyambung lagi “Manshur bin Ammar berkata kepada seorang pemuda: “Janganlah kepemudaanmu membujukmu.Ramai sekali pemuda yang mengundurkan taubat,memperpanjangkan angan-angan dan tidak ingat kematian.Pemuda itu berkata “aku akan taubat esok pagi”.Lalu datanglah malaikat maut padanya sedangkan dia belum bertaubat…di sini dapatlah kita mengambil pengajaran,hati yang diulit2 dengan angan-angan hanya merugikan diri dan menghilangkan kelazatan mengingati Allah.Ramai muda mudi kini hanyut dalam arus cinta.Kononnya nak hidup semati.Nauzubillah…hidup kita ni ditentukan,ajal maut dah ditetapkan,lalu bagaimana kita mahu berjanji untuk mati bersama-sama?sedarlah anak2,Allah itu lebih layak untuk dicintai.Cinta kita kepadanya pasti berbalas.Jauhilah angan2,kukuhkan iman.Ahli sufi berkata “cintailah yang memberi nikmat dan jangan engkau cintai nikmat yang diberikan-Nya”.Usrah itu berjalan selama 1 jam.Walau ia ringkas tapi memberi ilmu kepada para pendengar.Usai majlis,Asrar dan Lien berjalan pulang ke kolej kediaman mereka. “Apa pendapat Lien tentang usrah tadi?”Soal Asrar.Dia sengaja ingin menguji sahabatnya itu,samaada benar2 berkesan atau tidak. “Lien rasa sangat tenang.Benarlah kata Asrar,cinta Allah lebih indah.Tak ada rasa resah gelisah”,balas Lien.Dia terdiam seketika kemudian menyambung. “Asrar,Lien dah buat istikhoroh.Lien nampak jalan tu.Allah nak Lien putuskan hubungan dengan Khalis.Apa pendapat Asrar?”Lien memandang wajah sahabatnya sekilas kemudian tunduk memandang lantai. “Lien,jika benar itu petunjuk dari Allah,lakukanlah.Ada hikmah di sebalik setiap kejadian.Asrar gembira kalau Lien gembira.Cinta Allah itu indah Lien.Percayalah.Jika Lien menjaga diri Lien sekarang,InsyaAllah Dia akan kurniakan Lien pasangan yang hebat.Usahlah menjadikan islam sebagai alas an Lien untuk berhubung dengan Khalis.Lien boleh merujuk orang lain.Kat U kita ni,kita punya ramai ustaz dan ustazah yang lagi berilmu”,lembut tutur gadis itu.Lien seakan terasa batu besar menghempap dadanya.Betapa selama ini,perbuatan dia mengingati Khalis hanyalah sia-sia.Khalis lelaki yang belum tentu menjadi suaminya kelak.Ya Allah,terima kasih mengurniakan aku hidayahMu.Terima kasih juga kerana menghadirkan insan2 yang beriman disampingku.Sesungguhnya aku sayang akan sahabatku ini”,detik hati Lien.

Lewat petang itu,Lien menguatkan hati untuk menghantar email kepada Khalis.Ruang petak itulah tempat mereka berhubung kerana Khalis berada nun jauh di sana,di bumi Mesir,juga menuntut ilmu yang sama dengan Lien.

“Sahabat(maaf,saya lebih senang untuk memanggil awak begitu),apa yang nak saya cakapkan ni mungkin buat awak kecewa tetapi ketahuilah ia amat indah sekali.Setelah saya beristikhorah,saya nampak satu jalan.Jalan ni amat indah,amat cantik sehingga saya rasa saya tak nak pulang.Saya pun nak bawak awak ke jalan itu dan moga2 kita beroleh kebaikan.Awak,saya rasa kita perlu hentikan hubungan kita ni.Bukan sebab saya jumpa cinta orang lain,tapi sebab saya jumpa ketenangan dalam mencari cinta Allah.Saya tak nafikan awak banyak mendidik saya kea rah islam tapi cara kita ni salah.Mana boleh kebaikan dicmpur adukkan dengan kejahatan.Walau awak didik saya kenal islam,tapi cinta saya pada awak ternyata melalaikan saya.Hanya awak yang saya ingat.Dasyat kan saya?sebab itulah saya nak kita putuskan hubungan ni.Saya nak cari cintaNya dan tak nak sedikit pun cinta saya diselitkan dengan cinta manusia.Saya nak concern pada study.Andai ada jodoh,pasti kita akan disatukan jua tapi jangan berharap.Saya doakan awak success selalu,Saya tau awak lebih hebat dari saya.Maafkan saya-Lien”.terus email itu di hantar.Tangannya gementar tapi hatinya puas.Dia nekad,tak kan sesekali berkalih ke belakang!

Lien kian berubah.Dia makin rajin ke surau untuk solat berjemaah.Dia sentiasa menghadiri majlis2 ilmu yang diadakan di u.Kadang2 dia mengikuti majlis ilmu yang diadakan di luar kampus.Lien yang dulu sudah berubah.Kini dia pun sudah mengenakan jubah dan tudung labuh.Wajahnya hanya dihiasi dengan air wudhuk,ternyata itu lebih menjaga.Asrar senang dengan perubahan Lien.Seribu kesyukuran dipanjatkan.


MORAL OF THIS STORY: CINTA ALLAH JAUH LEBIH INDAH WAHAI KAUM HAWA.CINTA KEPADA KAUM ADAM TAK MENJAMIN APA2 BUAT KITA.SESUNGGUHNYA CINTA ALLAH ITU PASTI BERBALAS

NUKILAN
PUTRI ILHAM O7
15/9/07
1 P.M

Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines