Friday, November 22, 2013

TAKDIR ALLAH ITU INDAH

Bukan senang menerima segala dugaan dengan hati yang terbuka.Bukan senang mententeramkan hati dan bukan sekelip mata sahaja melupakan apa yang terjadi melainkan duduk berteleku memotivasi diri dan bermuhasabah.Memang takdir Allah itu indah tetapi kadang-kadang hati yang liat sukar sebenarnya melihat. Ya Allah,kau hapuskanlah rasa terkilannya hati,kau tutuplah hatiku dari bersangka buruk dan kau jauhkanlah aku sejauh-jauhnya dari perkara buruk.Aku tidak ingin jadi jahat,aku tidak ingin berhati busuk.Cukuplah hanya kau yang mengetahui segala isi hatiku ini..

Takdir yang ku terima ini adalah tadbir darimu.Tiada pentadbir terbaik melainkan kau.Andai diriku ini tidak hebat di mata manusia, aku pinta biarlah aku insan dan makhlukmu yang kau kurniakan kehebatan SABAR yang tiada tepinya. Aku tidak ingin disanjung manusia sekiranya semua itu menjauhkan diriku darimu.Aku sedar kelemahan dan kekurangan diriku...cuma aku berharap tiada sekelumit pun dendam yang bersarang.Aku ingin sekali berhati emas, walau manusia tidak dapat merasa tetapi hanya kau yang tahu menilainya. Kau bahagiakanlah aku dengan kehidupanku selepas ini kerna aku punya tanggungjawab kepada keluarga.kepada suami,kepada bakal anak dalam kandungan ini dan seluruh ahli keluargaku.jadikanlah aku manusia yang sentiasa BERLAPANG DADA DAN SABAR kerana sesungguhnya TAKDIR DAN TADBIRMU ITU INDAH...

Saturday, July 27, 2013

BERSAWANG


Sudah bertahun rasa nya aku tidak menulis di dalam blog ini.kadang2 aku terlupa apakah id nya dan password nya.berkali-kali ku cuba tetapi masih tidak dapat.akhirnya aku biarkan begitu saja.erm..pagi ni dengan sekali masuk sahaja password dah boleh sign in.syukran. setelah 2 tahun rasanya berlalu aku kini sudah pun bertukar status.sebulan lebih sudah ku diijabkabulkan dengan suamiku.alhamdulillah.jalan untuk kami bersatu memang di duga dengan pelbagai perkara tetapi alhamdulillah tepat 31 mei 2013 aku bergelar isteri kepada seorang suami.terima kasih Ya Allah di atas nikmat kurniamu.Kini aku juga bergelar seorang guru di salah sebuah sekolah private di kuala lumpur. meski  ijazahku tidak selari dengan bidang pekerjaan ku ini aku bersyukur sekurang-kurangnya aku mempunyai pekerjaan, sekurang-kurangnya aku punya pendapatan sendiri dan yang paling best, aku dapat hulur sedikit duit buat ma abah dan adik beradik.meski gajinya tidaklah mewah, tapi aku bersyukur kerna masih ada lagi sumber rezeki buatku dan keluarga. suamiku seorang technician, gajinya sudah cukup untuk membuat hidup kami berkecukupan.meski tidak mewah tapi kami bahagia dan kami cukup.aku bersyukur sangat dikurniakan kehidupan sebegini.



                                    Di bawah adalah gambar kami selepas di ijabkabulkan :)



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines