Thursday, March 18, 2010

TERFIKIR....

Kini saya dihantui perasaan ingin berteman.ya,teman sehidup semati.Tapi di mana "Dia" yang telah dijanjikan oleh Allah itu..dan bila dia akan datang dalam hidup saya..dek kerana melihat ramai teman2 saya yang sudah berkahwin, bertunang dan sudah ada yang menimang cahaya mata, saya di datangi rasa cemburu!

Ma abah nampaknya sudah memberi greenlite.erm..tanpa diketahui anaknya yang sorang ni belum lagi menjumpai calon.masih lagi dalam lingkungan menanti sebuah jawapan yang sekian lama ditunggu-tunggu...

dan saya mengerti,sebenarnya saya perlu,harus dan mesti redha jika jawapan akhirnya tidak mengundang bahagia.tidak mengapa, Allah itu MAHA PENYAYANG..Di mana-mana, Allah memberi kasih sayangnya.Saya serta hati saya tidak perlu risau akan itu semua..doakan saya juga akan mendapat suami yang soleh, yang mampu membimbing amanahnya..

kepada teman-teman yang sedang menempuh bahagia, semoga kalian semua bergembira dan semoga jodoh yang diberikan berkekalan sehingga akhir hayat..amin..

Di sini saya serta kan beberapa ciri calon yang baik.selamat menghayati...


Pemilihan calon
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.

Ciri-ciri bakal suami


• beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
• bertanggungjawab terhadap semua benda
• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
• berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
• tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
• rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.

Ciri-ciri bakal isteri


• beriman & solehah
• rupa paras yang cantik dan elok
• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
• menentukan mas kahwin yang rendah
• wanita yang subur
• masih dara
• berasal dari keturunan yang baik
• bukan keturunan terdekat

0 comments:



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines