Saturday, June 20, 2009

DURIAN


Nampak x dan kenal x ape dalam gambar tu?dah berhari2 aku mengidam nak makan durian..aik,mengidam erk??hehe..xde la..cume teringin nak makan.kalau mengidam tu macam orang hamil la plak..erm...mn nk dapat durian ni??duit pon xde nak beli..hari tu aku beli durian tawar la plak rase die..huhu..dasar x pandai pilih durian..hehehe...

Wednesday, June 10, 2009

die....


Aku mencari dia..di mana tapi aku tidak ketemu..adakah memang aku tidak pernah di jodohkan untuk bertemu atau belum tibe waktunya???hanya pada Allah aku bermohon agar dia ku temui..pilihan yang tepat untuk aku...yang mampu aku jadikan tempat bersandar.." rintih hati kecil seorang gadis. Dia berteleku di pinggir air, tepatnya di atas batu yang kadang2 di sentuh lembut air laut. Air matanya mengalir seiring dengan resah di hati


"Ish, anak si kalsom tu dah nak masuk 30 tak kawin2 lagi ke??andartu nanti budak tuh"

"tu la..dulu jual mahal..anak aku nak,dia x nak...anak aku pun apa kurangnya..ustaz lagi tu"


itulah bisikan2 dan cakap2 orang kampung kepadanya,tanpa mereka sedar hatinya merintih pedih..."




itulah serba sedikit rintihan yang ada bagi anak dara yang belum kawin. Bagi yang betul2 mahu istiqomah dalam agama,mereka mendambakan pendamping hidup yang kuat berpegang pada agama. Biar lewat asal selamat..aku pernah memmbaca sebuah buku yang bertajuk "TENTANG CINTA" karangan pahrol mohd juoi...mungkin sudah ramai yang membacanya..sememangnya aku seorang yang gila buku..even buku itu x ku baca sepenuhnya, tapi akan aku pastikan ia menjadi koleksiku..ok..dalam buku ni, ustaz ini mengatakan bahawa soleh dan solehah ini adalah on process..dalam mencari pasangan,tidak semestinya kita harus menetapkan ciri2 pasangan idaman itu specific mungkin kerna soleh dan solehah itu boleh dibentuk selepas perkawhwinan. setelah berkahwin, si suami haruslah berusaha sedaya mungkin untuk membentuk si isteri dan begitu isteri..erm...bila difikir2kan balik, betul juga kata2 ustaz ni..aku sendiri pun tak terlepas dari menentukan ciri2 pasangan idaman..entah bila saat itu mahu muncul..saat aku berjumpa dengan THE TRUE CHOICE!!!!!





Sunday, June 7, 2009

budak itu.....

hari jumaat tu..aku dan kawan2 pergi merelaks kan diri di air terjun menderu namanya.Sepanjang aku belajar di sini, belum pernah aku sampai ke situ. 1st time masuk..masyaallah..jalannya berbatu kecil..serik rasanya..tapi bila sudah sampai ke destinasi..segala kerisauan hilang dek dinginnya air terjun.

cerita aku kali ini bukan mau berkisar tentang air terjun tapi tentang seorang budak yang aku temui di satu shopping complex..dalam perjalanan pulang kami singgah di situ untuk solat maghrib. sedang ramai yang solat, aku tertarik untuk memerhati seorang budak perempuan..dia mahu solat. dia masih kecil,ku kira umurnya dalam 6@7 tahun..erm..tapi yang menariknya kerna dia terlalu kecil..dia hanya memakai baju semayang saja,,kainnya dia tak pakai..tapi bila dia rukuk atau sujud..kakinya kelihatan..erm..tapi dia masih berusaha untuk tak menampakkan kakinya itu..aku merasa bangga kanak2 sekecil itu sudah tahu kewajipan bersolat dan memutup aurat. Berapa ramai orang dewasa yang masih leka meninggalkan solat dan mendedahkan aurat???ramai kan??aku sendiri pun kadang2 tertinggal solat subuh..erm..terasa takut dan malu pada Maha Pencipta..tetapi adat manusia..hari ini insaf, esok masih lagi kalah pada godaan syaitan laknatullah....

Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines