Friday, October 23, 2009

Kalau menjadi batu
Jgn menjadi batu di tepi jln
tiada nilainya, tiada harganya
dipijak org, disepak org
Tetapi jadilah batu permata
yg berkilau, yg bersinar
dihargai org
Kalau menjadi kayu
Jgn menjadi kayu biasa
yg reput, yg rapuh, yg patah
dibuang org merata-rata
Tetapi jadilah kayu jati
kayu yg mantap
mahal nilainya
dihargai org
Kalau menjadi manusia
jgn menjadi manusia biasa-biasa
longgar jiwanya
rapuh imannya
sempit mindanya
gelap masa depannya
Tetapi jadilah manusia luar biasa
Gah jiwanya
Kental imannya
Tertib solatnya
Quran juadahnya
Luas pandangannya
Gemilang masa depannya
Perahu sudah di air
Pendayung sudah di tgn
Fikirlah, renunglah
Katakan pada dirimu
Bahawa aku tidak memilih utk menjadi
manusia biasa
Tapi aku memilih
Utk menjadi manusia luar biasa

Thursday, October 22, 2009

PANGGILAN

Saya mendapat satu panggilan dari abah.sudah acap kali jugak abah bertanya bila mula periksa, bila mahu pulang..erm..kadang2 terasa pelik, baru 2 hari lepas saya memberitahunya tapi dia akan bertanya lagi kemudian harinya.rasa debaran itu pelik.Ya Allah, jangan lagi kau ambil abah...Esok abah cakap mahu datang,mahu pergi makan2..erm..best nye bersama keluarga, bertemu sekali sekala...hehe

Sunday, October 18, 2009

DEBAR DI HATI....

Siapa tahu mungkin satu saat nanti kebahagiaan yang memang kita impikan akan terlaksana.Saya terpanggil untuk menulis sesuatu..sesuatu yang saya sendiri tidak tahu..kenapa sejak kebelakangan ini debaran hati selalu ada.kadang2 terpikir..mungkin saat untuk pergi sudah hampir sampai..tapi bisakan aku menghadapi itu semua dengan sedaya nya?bukan mudah menghadapi sakaratulmaut...mungkin ringan dipandang..tapi bukan sebarang. Ya Allah..andai takdir itu datang..tapi aku mohon..panjangkan lah lagi hidupku..berikanlah aku pinjaman nyawa lagi..aku tak mahu Ya Allah...pulang ke pangkuanmu tanpa apa2 bekalan..aku insan hina..aku insan kurang segala..Hanya padamu Ya Allah...aku mohon simpati..mohon kebaikanmu..berilah aku peluang lagi..peluang yang pasti tidak bisa diganti..Andailah manusia tahu esoknya dia pergi..nescaya tiada maksiat satu apa pun dibuat. Andainya manusia patuh dengan segala suruhan..Andainya tiada syaitan penghasut..Maka hanya Syurga yang wujud...Sebesar2 kurniaan ialah iman..manis iman andai penuh ketakwaan..Ya Allah..hatiku kotor,berkarat dengan dosa noda..Ya Allah..berilah aku peluang berilah aku keimanan..berilah aku nikmatnya bertuhan...

Friday, October 2, 2009

KEMBALI

Sudah terlalu lama rasanya saya tak mempedulikan ruangan ini. Bukan sibuk tapi idea untuk menulis sentiasa ada cuma selalu dileka kan dengan benda2 lain. Kali ini saya mencuri masa sedikit,waktu masih lagi pagi.kawan-kawan serumah masih lagi lena dalam mimpi tapi hari ini mata saya tidak pula mengantuk. Biasanya selepas subuh, saya juga seperti mereka.Akan sambung tido selepas subuh. Kali ni ape topik saya??erm...xde yang menarik pon tapi ini secara bicara ringan-ringan.Mungkin sedikit sebanyak memberi input kepada mana-mana pembaca yang sudi menjengah blog saya seketika cuma. Saya akui,blog saya ini tidaklah sehebat mana..biasa dan terlalu biasa dan bicara saya pon biasa-biasa saja.tapi x sampai berbisa.Insyaallah dapat difahami semua. Ok,kita teruskan dengan apa yang mahu diluahkan. Hari ni,bermakna seketika tadi..sahabat lama saya menelefon. kami berbicara sekitar kawan2 lama.soal kerja,soal belajar, oal masa depan. masa depan yang harus kita garap.biar teratur dan mantap.Sahabat saya itu, sebelum mengakhiri bicara kami, dia tinggalkan satu persoalan. soalan yang biasa di dengar tapi rupanya lain sedikit. mau tau apa?ok..kita teruskan. dia membicarakan soal sistem pembankan sekarang.memang sudah banyak bank yang amalkan sistem islamik tapi masih lagi mengamalkan cara conventional.contohnya soal loan@pinjaman.masih lagi mengenakan service charge.macam mana tu ye?erm...kalau nak dikutkan bukan senang kita mahu "mengislamik kan" semua perkara. tapi katanya "kita mengislamkan product tapi cara dia masih conventional". erm...memang betul tapi menurut bicara pensyarah saya..untuk tujuan ni kita harus menggunakan konsep slow and steady.maksudnya secara perlahan-lahan.biar dapat tarik rambut tapi tepung tak berselerak.betul atau kurang tepatnya.ntah la..saya sekadar memberi lontaran idea, sekadar meluah rasa.manusia tiada yang sempurna.kesempurnaan semua kembali kepada Allah jua...dalam surah al-ikhlas ayat 5:
"dan tiada pun yang setara dengannya"
yakni bermaksud..Allah Taala itu tiada sama dengan apa jua. Kita manusia terlalu banyak khilaf, noda hitam dan bergelumang dosa...waallah hualam....


Pena menari,
Putri ilham

Wednesday, September 2, 2009

NIKMATNYA RAMADHAN...


Sedar tak sedar dah 12 ramadhan...bermakna sudah hampir 2 minggu ummat islam jalani ibadah puasa...kadang letih terasa dek kerana kelas dan sebagainya...tapi sejauh mana kita semua benar2 menghayati ramadhan.adakah ramadhan itu bulan yang penuh dgn juadah ketika berbuka?tapi maksud sebenarnya kurang dihayati.Ramadhan seperti kita tahu adalah bulan yang mulia,bulan yang penuh barakah.Tapi sayang kita semua alpa dan leka dengan perut yang lapar mintak diisi dengan pelbagai lauk pauk ketika berbuka..apabila sudah kenyang,kita tersadai menunggu nasik jatuh ke perut.Saya sendiri kadang2 lalai..kadang2 x dapat merasa nikmatnya ramadhan dek kerna alpa dengan tuntutan dunia..kadang2 datang rasa sayu..memikirkan apakah puasa ini diterima atau tidak?adakah puasa saya sia2?malam ini saya mendapat satu nikmat.Berimamkan solat dengan seorang imam yang sayu bacaannya.Terbayang bacaan itu diputar saat kematian dan saya bayangkan sayalah mayat itu..tatkala sujud pula..terasa amat nyaman.....sejadah yang saya guna itu terasa nikmat yang bukan biasa..luar biasa..sejuk terasa..sejadah putih itu sangat istimewa...Dan saya berdoa..ramadhan kali ini penuh nikmat dan barakahnya buat hambanya yang mendambakan keredhaan Yang Esa..Allah membuka pintu kemaafan dan keampunan seluas-luasnya sebagaimana maksud sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan mengampuni seluruh dosanya seumpama dia baru lahir dari rahim ibunya.” (Riwayat Ahmad)"
Ya Allah,andai ini ramadhan terakhirku,jadikanlah aku seorang yang benar-benar beruntung mendapat barakah darimu.."

Tuesday, September 1, 2009

ISLAMIC VS CONVENTIONAL BANKING

ISLAMIC CAPITAL MARKET


Esok ustazah Hasyimah nak ade kan kuiz yang pertama untuk subjek islamic capital market. Buat masa ni dan ketika ini, saya baru habis chapter 1..erm...best jugak cerita dalam chapter ni..nak tau?macam ni...first skali diceritakan pasal ape tu financial institution dan financial market..ape yang saya faham..financial institution ni 1 organisasi yang organize sal depositor saving...kirenya dia bawah financial market....n then die bincang pasal ape itu capital market...capital market ni jadi bile government dan company cooperate raise long term to niagakan security on bond and stock market....n ape lagi??ok..sekarang bincang pasal ape tu islamic capital market...ni same je dgn definition kat atas tu cume principle die based on syariah...kirenya any transaction die x ada yang haram,gharar and sebagainya yang dilarang dalam islam. dan cerita pulak pasal perkembangan islamic capital market kat malaysia..banyak tarikhnya...tapi yang pastinya pada 16 may 1996 Syariah Advisory Councill ditubuhkan...nak tau pasal ape itu tugas SAC??silalah rajin2 search internet pasal SAC ni...hehe...:)



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines