Wednesday, September 2, 2009

NIKMATNYA RAMADHAN...


Sedar tak sedar dah 12 ramadhan...bermakna sudah hampir 2 minggu ummat islam jalani ibadah puasa...kadang letih terasa dek kerana kelas dan sebagainya...tapi sejauh mana kita semua benar2 menghayati ramadhan.adakah ramadhan itu bulan yang penuh dgn juadah ketika berbuka?tapi maksud sebenarnya kurang dihayati.Ramadhan seperti kita tahu adalah bulan yang mulia,bulan yang penuh barakah.Tapi sayang kita semua alpa dan leka dengan perut yang lapar mintak diisi dengan pelbagai lauk pauk ketika berbuka..apabila sudah kenyang,kita tersadai menunggu nasik jatuh ke perut.Saya sendiri kadang2 lalai..kadang2 x dapat merasa nikmatnya ramadhan dek kerna alpa dengan tuntutan dunia..kadang2 datang rasa sayu..memikirkan apakah puasa ini diterima atau tidak?adakah puasa saya sia2?malam ini saya mendapat satu nikmat.Berimamkan solat dengan seorang imam yang sayu bacaannya.Terbayang bacaan itu diputar saat kematian dan saya bayangkan sayalah mayat itu..tatkala sujud pula..terasa amat nyaman.....sejadah yang saya guna itu terasa nikmat yang bukan biasa..luar biasa..sejuk terasa..sejadah putih itu sangat istimewa...Dan saya berdoa..ramadhan kali ini penuh nikmat dan barakahnya buat hambanya yang mendambakan keredhaan Yang Esa..Allah membuka pintu kemaafan dan keampunan seluas-luasnya sebagaimana maksud sabda Rasulullah saw: “Sesiapa yang berpuasa Ramadan kerana iman dan mengharapkan keredaan Allah, maka Allah akan mengampuni seluruh dosanya seumpama dia baru lahir dari rahim ibunya.” (Riwayat Ahmad)"
Ya Allah,andai ini ramadhan terakhirku,jadikanlah aku seorang yang benar-benar beruntung mendapat barakah darimu.."

0 comments:



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines