Sunday, April 18, 2010

BACELAH..HAYATILAH...AMAL LAH...


Thursday, April 15, 2010

HARI TERAKHIR....PRAKTIKAL....

Dari pagi lagi, saya terasa sayu..sayu tuk meninggalkan bangunan itu.hati tiba2 tersentuh.walau ada perit jerihnya, saya terperangakap akan rasa sayu itu.sungguh.ketika meminta maaf dengan semua staff termasuk guard2 yg ade..sungguh hati saya tersentuh.entah bila punya masa tuk bersua lagi...

terimakasih kepada warga perkeso sekelian kerna peluang yang diberi...terimakasih jugak buat hadia2 yg diberikan..ade juga duit yang dihulurkan.sangat tersentuh sebenarnya...terimakasih sangat2...:)

Sunday, April 11, 2010

JIWA YANG CELARU..


Sejak akhir2 ini,jiwa saya cepat tersentuh.terlalu.kadang2 benda yang kecik pon boleh jadi besar sampai saya menangis sendiri..rasa malu untuk menangis itu hilang.entahlah.wahai siti faezah..bawak2 lah beristighfar..zikir...dah lama rasanya kalimah2 itu tak terucap di bibirmu...pujuklah hati,pujuklah diri...jangan leka di dunia sendiri...sebagai manusia,saya masih punya banyak tanggungjawab...

mengaji quran pun dah lama tak dibuat.erm...dhaifnya...jangan sampai satu hari nanti,lidah itu kelu untuk menyebut kalimah suci itu.selagi ada masa,harus dan perlu perbaiki itu semua..kuatlah siti faezah..jangan lemah macam ni!

Friday, April 9, 2010

PERJALANAN YANG JAUH...


Pagi tadi,saya dengan tekad yang kuat mahu pergi ke Tanah Merah,semata-mata mahu menghantar pendrive sahabat saya,Nailatul Marjan.sangat bersungguh untuk pergi bersama laila,juga sahabat rapat saya.dengan menaiki motor, saya bersama laila memecut sehabis laju.jalan yang diambil adalah jalan ke Machang.itu adalah jalan dekat,kata orang.tanpa saya ketahui,hari ini telah melakukan tawaf kelantan namanya.ye lah,dengan ikut jalan itu,saya kene pusing balik untuk ke rumah nai.sangat jauh...huhu...

sampai di sana,tepat2 waktu orang lelaki sibuk ke masjid untuk solat jumaat.erm..berbaloi juga perjalanan itu kerna dihidangkan nasik..hehe...terimakasih untuk hidangan tempoyak jugak budu kegemaran saya..hehe...

pulang semula ke kota bharu lebih kurang jam 3 petang dan kali ini mengambil jalan yang paling dekat.dan rupanya memang dekat..hhe..melalui jalan pasir mas.kalau tahu gitu,dari tadi lagi sampai..hehe...cian badan saya ni..meter motor kadang2 mencecah 80,90 and 100..huhu...takut jugak untuk memecut lebih dari itu..terasa melayang2...si skuter meluncur di jalan besar.sangat terasa kerdil...terimakasih buat skuter kesayanganku...yang sudah lama tak saya basuh..sori..:(

PENAT SANGAT HARI NI....;(

Thursday, April 8, 2010

rahmat Allah...

Dengan berbekalkan duit seseorang, saya pergi ke dungun.niat di hati berjumpa dengan pensyarah yang menjadi adviser thesis saya..sangat bersyukur kerna perjalanan menjadi lancar,walau pada mulanya saya tiada duit.dan saya amat bersyukur ada insan yang berhati baik memberi saya duit dan belanja makan tengah hari..sangat2 insan itu baik dan saya amat menyayangi insan itu seperti saudara saya sendiri..

sesampainya di Dungun,sahabat saya menjemput di stesen bas.untungnya ada sahabat sebegitu,terasa sangat menyusahkan dia pada waktu malam terpaksa keluar rumah semata-mata datang menjemput saya..syukur..

keesokkannya saya bertemu dengan ustaz itu.selaku adviser saya..perbincangan tidak lama memandangkan saya perlu cepat dan ustaz itu pun sibuk..selesai perbincangan, ustaz bertanya sama ada makan tengah hari atau belum?lalu terus menghulur duit RM10..huhu...saya terasa amat diberi simpati.syukran ustaz...

saya berhenti di kedai makan,mengambil lauk ala kadar.sekali lagi rezeki saya murah hari ini.pakcik itu dengan baik hatinya mengurangkan harga makanan dan menambah satu lagi makanan,iaitu kuih..ya Allah...betapa bertuahnya aku hari ini..terimakasih buat insan yang begitu baik hati...syukur..
saya juga hairan,apakah hari ini adalah hari simpati buatku atau memang itu adalah rezeki aku..aku cuma terfikir,Allah itu Maha Pemurah..tapi aku sentiasa lalai..leka...dalam menikmati nikmat yang ada...

DUHAI HATI...


Duhai hati,sabarlah banyak2..walau beribu halangan datang,harus kuat!jangan ikut perasaan..fikirkan masa depan..

Duhai hati,jangan sesekali berdendam,jangan sesekali memendam..kalau tiada orang disekelilingmu,Allah pasti ada dan selalu ada...dan Maha Memberi...

Duhai hati,sabarlah...jangan cepat kau terhiris.air mata itu simpan..biarkan.kalau menangis sekalipon..xde guna..sabarlah...jom2 bace hadith ni..sejukkan hati...kuatkan hati...

Abu Said al-Khudri r.a menerangkan bahawasanya segolongan sahabat dari golongan Ansar meminta pemberian daripada Rasulullah lalu baginda memberikannya kepada mereka itu. Kemudian mereka meminta lagi kepada Rasulullah lalu baginda memberikannya pula sehingga habis apa yang ada padanya. Maka bersabdalah nabi: “Harta yang ada pada ku tidaklah sekali-kali aku menyimpannya untuk orang yang lain daripada mu. Sesiapa yang memelihara diri dari meminta-minta nescaya Allah memeliharanya daripada yang haram. Dan sesiapa yang memohon kepada Allah, nescaya Allah memberikan kecukupan kepadanya. Dan sesiapa bersabar menahan penderitaan, nescaya Allah memberikan kepadanya kesabaran. Dan tidak diberikan kepada seseorang sesuatu pemberian yang lebih baik dan luas daripada ‘kesabaran’.”

(al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, April 4, 2010

BAB 1

Monolog...

Mak memandang saya sekilas..merenung wajah saya dalam2.dan renungan membuat saya terus terdiam dan kelu.seakan lidah ini bisu untuk menutur kata.mak,tolonglah mengerti..

"kau dah fikir masak2?kawin ni bukan macam main pondok2..dah habis main,main lain plak.kalau kau pikir kawin ini sekadar untuk berseronok,tahanlah niat itu.mak takut nanti bila bosan datang,macam2 hal jadi.mak malu kalau nanti2 rumah tangga kau bergolak bergadai.mak tak nak" jujur ungkapan mak. dan aku menyepi, berfikir bait kata yang bersesuaian..wajah mak saya pandang untuk mencari kekuatan

"Izah nak menjaga syariat mak.hari2 jumpa, kami terseksa.memang kami tak pernah keluar berdua, mesej pun jarang,telefon apatah lagi.tapi bila pergi ke kelas, kami tetap bertembung. izah dan dia dah berjanji mak, kami akan sama-sama menjaga rumahtangga nanti. hanya restu mak yang Izah harapkan",hanya itu yang saya mampu meluahkan.

mak terdiam dan terus terdiam.menjelang malam pun mak masih lagi tidak memberi kata putus.saya menanti penuh debaran.ya Allah, lembutkan hati mak.teringat arwah abah.kalau ada abah, sudah tentu mak akan lebih lembut dan tidak terlalu bertegas. sejak abah meninggalkan kami,mak lebih bersifat tegas, tidak mudah menerima dan kami paham mak cuba menjadi seorang abah dan mak buat kami adik beradik

malam berlalu sepi..saya masih menanti..

P/S:NOVEL INI NOVEL NUKILAN ASLI PENULIS..UNTUK MEMBACANYA LAGI,INSYAALLAH JIKA PENULIS BERKESEMPATAN DAN MEMPUNYAI IDEA,KISAH SELANJUTNYA AKAN MENYUSUL..:)

mood yang bercelaru..

hari ini saya mulakan pagi dengan solat subuh.usai solat, saya menyeterika baju untuk pergi kerja. tona dan rona baju masih sama.hanya itu yang termampu setakat ini.lebih senang memilih baju yang bercampur warna dan tudung hitam!huhu..pesen lama..:)

merentas bandar kota bharu dengan skuter kesayangan..kesibukan sudah terasa hari ini..manusia kembali ramai,tapi hatiku masih begitu.sepi..diam..dan terus memendam..:(

sampai di tempat kerja,membuat rutin harian.kesunyian terasa..suram.menjelang tengah hari, mood sedikit ok..:)

pulang kerja sekitar jam 6 petang.sangat beruntung kerna rumete sedang makan buah mangga.terimakasih rumete, sangat memahami..:)

dan tesis belum tersentuh..:(
teringat tarikh praktikal tamat..sangat tidak sabar..:)




.......................................mood kembali neutral....:P

Friday, April 2, 2010

HARI JADI..23...


Saya cuba untuk tidak melayan rasa sedih pada malam hari jadi saya..secuba mungkin saya buat seperti biasa, mimik muka biasa..dan disibukkan dengan tesis..tiba pukul 12 malam, sahabat saya menghantar sms mengucapkan selamat ulang tahun..saya tersenyum kerna hampir 10 tahun kami bersahabat, dia tidak pernah lupa hari istimewa saya..:)

dan detik 12 malam beranjak ke angka satu..masih lagi sms yang ditunggu-tunggu tiada.sepi..senyap..diam dan terus diam..saya hulurkan dulu ucapan ulangtahun kepadanya memandangkan hari kami sama..tapi seminit kemudian, hanya sms yang saya kirimkan tadi diforwardkan kembali..hati saya makin lama makin sedih.ya!sungguh hari jadi kali ini hanya sesuai dipanggil hari bersedih.tiada tawa ria..tiada gelak ketawa..semua diam..sepi..dan saya semakin lama semakin melayan rasa sedih itu..:(

kadang2 saya terseksa dalam lembah penantian..bahagia yang diharap, beribu halangan datang..makin lama, makin saya dihinggap rasa "RENDAH DIRI!"..Terlalu..Ya Allah..hulurkan rasa tenang pada hatiku...aku tak mampu seumo hidupku dihimpit rasa ini..bantu aku menghadap wajahku,akalku dan hatiku untukmu Ya Allah..andai dia bukan milikku,aku pinta jauhkan kami sekarang.jauhkan!tunjukkan aku nikmat jannahmu..tunjukkan aku nikmat syariatmu..Ya Allah...aku rebah kembali!

Thursday, April 1, 2010

menanti di alam barzakh...

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines