Thursday, April 8, 2010

rahmat Allah...

Dengan berbekalkan duit seseorang, saya pergi ke dungun.niat di hati berjumpa dengan pensyarah yang menjadi adviser thesis saya..sangat bersyukur kerna perjalanan menjadi lancar,walau pada mulanya saya tiada duit.dan saya amat bersyukur ada insan yang berhati baik memberi saya duit dan belanja makan tengah hari..sangat2 insan itu baik dan saya amat menyayangi insan itu seperti saudara saya sendiri..

sesampainya di Dungun,sahabat saya menjemput di stesen bas.untungnya ada sahabat sebegitu,terasa sangat menyusahkan dia pada waktu malam terpaksa keluar rumah semata-mata datang menjemput saya..syukur..

keesokkannya saya bertemu dengan ustaz itu.selaku adviser saya..perbincangan tidak lama memandangkan saya perlu cepat dan ustaz itu pun sibuk..selesai perbincangan, ustaz bertanya sama ada makan tengah hari atau belum?lalu terus menghulur duit RM10..huhu...saya terasa amat diberi simpati.syukran ustaz...

saya berhenti di kedai makan,mengambil lauk ala kadar.sekali lagi rezeki saya murah hari ini.pakcik itu dengan baik hatinya mengurangkan harga makanan dan menambah satu lagi makanan,iaitu kuih..ya Allah...betapa bertuahnya aku hari ini..terimakasih buat insan yang begitu baik hati...syukur..
saya juga hairan,apakah hari ini adalah hari simpati buatku atau memang itu adalah rezeki aku..aku cuma terfikir,Allah itu Maha Pemurah..tapi aku sentiasa lalai..leka...dalam menikmati nikmat yang ada...

0 comments:



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines