Sunday, April 4, 2010

BAB 1

Monolog...

Mak memandang saya sekilas..merenung wajah saya dalam2.dan renungan membuat saya terus terdiam dan kelu.seakan lidah ini bisu untuk menutur kata.mak,tolonglah mengerti..

"kau dah fikir masak2?kawin ni bukan macam main pondok2..dah habis main,main lain plak.kalau kau pikir kawin ini sekadar untuk berseronok,tahanlah niat itu.mak takut nanti bila bosan datang,macam2 hal jadi.mak malu kalau nanti2 rumah tangga kau bergolak bergadai.mak tak nak" jujur ungkapan mak. dan aku menyepi, berfikir bait kata yang bersesuaian..wajah mak saya pandang untuk mencari kekuatan

"Izah nak menjaga syariat mak.hari2 jumpa, kami terseksa.memang kami tak pernah keluar berdua, mesej pun jarang,telefon apatah lagi.tapi bila pergi ke kelas, kami tetap bertembung. izah dan dia dah berjanji mak, kami akan sama-sama menjaga rumahtangga nanti. hanya restu mak yang Izah harapkan",hanya itu yang saya mampu meluahkan.

mak terdiam dan terus terdiam.menjelang malam pun mak masih lagi tidak memberi kata putus.saya menanti penuh debaran.ya Allah, lembutkan hati mak.teringat arwah abah.kalau ada abah, sudah tentu mak akan lebih lembut dan tidak terlalu bertegas. sejak abah meninggalkan kami,mak lebih bersifat tegas, tidak mudah menerima dan kami paham mak cuba menjadi seorang abah dan mak buat kami adik beradik

malam berlalu sepi..saya masih menanti..

P/S:NOVEL INI NOVEL NUKILAN ASLI PENULIS..UNTUK MEMBACANYA LAGI,INSYAALLAH JIKA PENULIS BERKESEMPATAN DAN MEMPUNYAI IDEA,KISAH SELANJUTNYA AKAN MENYUSUL..:)

0 comments:

Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines