Friday, January 22, 2010

TERKADANG...

Terkadang aku terasa kekosongan
Terkadang au terasa kesepian...

kalian tahu apa itu kosong?apa itu sepi?aku terasa saya lah manusia yang berada di dalam benua itu.Hati?usah disoal..ia sepi tiada kata2 yang mampu terungkap.Sepi dari rahmat Allah?tidak!Allah mengerti akan derita ini..cume aku yang terkadang melupakan Pencipta yang Maha Agung itu...bkn terkadang tapi sentiasa...masihkan aku layak untuk menikmati rahmatMu?sungguh aku insan hina dina..sungguh aku keterlaluan...

DIAM

Baik kah diam itu?bolehkah mencari penyelesaian?andai itu jalan terbaik...kenapa aku sering begini?terasa kotornya hati...terasa hinanya diri..andai aku mati begini,amankah aku di sana??ya Allah..sungguh aku insan yang tak layak dipandang...

Tuesday, December 15, 2009

TERLEWAT...

Bismillahirrahmannirahim...

Buat pertama kalinya saya kembali menulis di blog atau saya gelar teratak ilham ini...sebelum apa2, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan saya yang telah memberita perihal PENANGKAPAN DR ASRI..BEKAS MUFTI PERLIS... Terlewat betul saya mengetahui perihal ini.saya tidak tahu secara tepat bila beliau di tangkap. Dr Asri adalah ulama yang berani, berani dalam melontar pendapat sendiri. Saya tidak berani mengulas panjang lebar kerna saya masih lagi keliru..kenapa seorang ulama ditangkap? kenapa penjenayah di luar sana masih lagi mengecap hidup yang lazat? Hanya doa yang mampu saya titipkan agar peristiwa ini adalah kali terakhir.Hentikan pemnghinaan terhadap ulama,tanpa mereka bagaimana kita mahu menyelesaikan perihal agama? sudah cukup sangat kah ilmu di dada??

Bagi yang tidak mengenali beliau, anda semue boleh lah mencari@search di internet.Atau tontoni perbahasan di parlimen dalam youtube.Anda pasti teruja melihat perbahasan itu. Saya sendiri tertarik kepada perbahasan parlimen gara2 kes dr Asri walau saya bukan lah teruja dengan dunia politik. Semoga Dr. Asri segera di tamatkan penganiayaan ini...ALLAHUKBAR!!!!1

Monday, November 9, 2009

SAAT-SAAT AKHIR...

Genap 8 november 2009, saya diistiharkan bebas dari semua peperiksaan..saat itu yang saya tunggu selama ni..saat itu jugak saya hitung2 kan hari..akhirnya sampai juga..tapi saya sedikit bimbang akan natijah yang bakal saya dapat. Hanya pada Yang Maha Mendengar..saya memohon agar pensyarah-pensyrah dilembutkan hati agar memberi yang terbaik buat saya..saat saat akhir ini terasa sedikit gusar di hati..terasa sebak bercampur segala perasa yang membawa kepada kesedihan.saat berpisah bersama teman-teman..walau sekejap cuma kita bersama..tetapi kehadiran kamu semua cukup bermakna.tiada yang lain saya doakan buat mereka ini melainkan agar mereka sentiasa di rahmati..sentiasa disayangi dan sentiasa dimurahkan rezeki..amin...

Monday, October 26, 2009

RAHMAT

Pagi ni saya bangun awal..kawan2 masih lagi tido.mungkin diorang semua tido lewat malam tadi.malam tadi saya betul2 tido awal..dek kerna badan sangat letih dan mata mengantuk..seharian saya di library semalam..tapi tidak lah seharian jugakk..sebab pukul 12 lebih,saya dan kawan2 pergi makan..perut yang tersangat lapar mintak di isi..lepas makan, kami pergi sembahyang..tenangnya sekali sekala masuk masjid..masjid uitm yang besar dan selesa membuatkan saya rasa sungguh selesa..dengan facility yang serba baru..angin pulak sepoi2 bahasa..syukur pada Allah..memberi rahmat sebegitu luas pada hamba Dia..walau hamba Dia yang ini selalu tersungkur lemah..Ya Allah..aku ini insan yang tidak tetap hati nya..yang sentiasa berkeluh kesah..Ampuni aku..Seusai itu..saya sambung stadi sehingga jam 3 lebih..sebab hati dah tak sedap dengar guruh di langit..mengajak kawan pulang dengan segera tapi bile keluar dari library..cuaca masih cerah rupenyer..lps itu menghabiskan masa lepak di tepi pantai sambil minum air kelapa dan kerepok beserta ubi goreng..erm..nikmatnya saat tengkuk menengguk air kelapa..nikmat yang sukar di gambar..air dingin biasanya memberi kenikmatan yang amat besar..sejuk terasa..saat di pantai..fikiran terasa tenang..stress tibe2 hilang..melihat rahmat Allah di depan mata..betapa besarnya kuasa Dia..hampir jam 6 kami duduk di situ..bercerita pelbagai cerita..kadang2 bercerita ini boleh mereleasekan tension..terimaksih kepada sahabat saya..NAILATUL MARJAN BT ABDULLAH..pulang ke rumah, terus kawan sebilik saya bertanya mahu makan malam atau tidak.kebetulan memang perut sudah kelaparan...saya terima saja tawaran itu dan kami bertiga makan di hotel uitm..wah,sejak 2 menjak ni saya sudah pandai makan di tempat mewah..mujurlah makananya tidaklah terlalu mahal..ditambah dapat student rate..maka ianya menjadi murah..

Sunday, October 25, 2009

SAAT2 GENTING...

Masa sudah menunjukkan pukul 2.25 pagi.Saya baru usai solat isyak..lewatnya solat malam ni gara2 tadi perut lapar sangat2, mintak di isi..sementara menunggu makanan yang telah ditempah, saya merajinkan diri menggoreng nudget.untuk mengenyangkan perut buat sementara je...Saat ni,saat saya menulis ni..saya masih lagi belum habis stadi..daripada 9 chapter, baru 2 chapter saya khatam.itupun baca sekadar lalu je.alahai..teruk nya kalau macam ni.konon nak skor sem ni, tapi tengoklah..belom ape2..semangat dah terbang..erm..macam mana ye??xde ape yang bleh ubah diri kita melainkan kita sendiri.bangkitlah wahai siti faezah.jangan lemah!!!ingat sikit kat ma abah tuh.Abah cakap hari tu.."periksa molek kak,bia dapat keje sedap"..erm..tinggi nya harapan abah.padahal saya ni..xde la sampai termimpi2 mahu bergaji besar, mahu pangkat tinggi...sekadar cukup2 boleh kan??hehe..kadang2 bile fikiran gila datang..saya asyik terfikir..nanti2 nak duduk umah je..jaga umah tangga..boleh x??hehe.alangkah malangnya bakal suami itu andai dapat saya, sebab awal2 dah niat x nak bekerja..erm...boleh x??ni soklan kene postpone 2,3 tahun lagi ni..biar bakal suami menjawab.kalo x boleh jugak..cari lain!!( konon saya ni laku sangat..:P)..erm..rasa nak sambung stadi sikit lepas tu nak tido..ok..salam...

Friday, October 23, 2009

Kalau menjadi batu
Jgn menjadi batu di tepi jln
tiada nilainya, tiada harganya
dipijak org, disepak org
Tetapi jadilah batu permata
yg berkilau, yg bersinar
dihargai org
Kalau menjadi kayu
Jgn menjadi kayu biasa
yg reput, yg rapuh, yg patah
dibuang org merata-rata
Tetapi jadilah kayu jati
kayu yg mantap
mahal nilainya
dihargai org
Kalau menjadi manusia
jgn menjadi manusia biasa-biasa
longgar jiwanya
rapuh imannya
sempit mindanya
gelap masa depannya
Tetapi jadilah manusia luar biasa
Gah jiwanya
Kental imannya
Tertib solatnya
Quran juadahnya
Luas pandangannya
Gemilang masa depannya
Perahu sudah di air
Pendayung sudah di tgn
Fikirlah, renunglah
Katakan pada dirimu
Bahawa aku tidak memilih utk menjadi
manusia biasa
Tapi aku memilih
Utk menjadi manusia luar biasa



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines