Ya Allah..
bantu aku menguraikan kekusutan ini..
Aku lemah ya ALLAH..padahal ujian ini tidaklah terlalu berat
Ya Allah..aku insan hina dina ini merayu..bantulah aku keluar dari benua perasaaan yang makin lama makin menghancurkan hidup aku!
Tuesday, March 23, 2010
kebingungan...
Saturday, March 20, 2010
rindu...
Sejak sebulan yang lepas, saya tidak pulang ke kampung.Bukan tidak rindu, tapi ada sesuatu yang menghalang.saya sendiri tidak pasti.kepada ma dan abah, maafkan anak mu yang seorang ni..
Sekarang rumah itu sepi..adik beradik saya yang lain semua ada hal masing2..tinggal lah ma, abah dan adik mat.buat adik mat..pasti dia seronok sebab x ada yang akan merebut channel tv dengannya lagi.pasti kartoon 24 jam!
dan minggu ni, saya pulang ke kampung..menjenguk ma abah..kesian ma..sakit tumitnya belum sembuh2..saya dengan rela hatinya telah membelikan ubat pokok ajaib.moga2 ubat itu menjadi buat bonda tersayang..dan kaki abah..ada kesan parut..katanya sebab pakai kasut but orang..huhu..kenapa la banyak2 kasut but..dipilihnya kasut but itu??
minggu ni jugak, mak teh,pakcik n makcik datang berkunjung..em..something yang berlaku.sangat2 terkejut!tapi dah settle..alhamdulillah...
tok dengan murah hatinya memberikan duit rm50 kepadaku sambil berkata "ni tok kasik..nanti2 mung kijo,bagi kat tok plok..hehe"..tok.tok....memang sporting habis!
tadi pagi tak sempat nak salam tok dan mok..em...teruk betul cucu diorang neh!aish!
pagi tadi, selama 2 jam saya menunggu bas.sangat menguji kesabaran!kesian abah terpaksa tangguhkan kerja dia semata-mata mahu menunggu saya naik bas.terima kasih abah atas keprihatinan itu..yang aku x bisa membalas walau segunung wang ku longgokkan..;)
menjelang asar,saya selamat sampai ke kota bharu..alhamdulillah...
Thursday, March 18, 2010
TERFIKIR....
Kini saya dihantui perasaan ingin berteman.ya,teman sehidup semati.Tapi di mana "Dia" yang telah dijanjikan oleh Allah itu..dan bila dia akan datang dalam hidup saya..dek kerana melihat ramai teman2 saya yang sudah berkahwin, bertunang dan sudah ada yang menimang cahaya mata, saya di datangi rasa cemburu!
Ma abah nampaknya sudah memberi greenlite.erm..tanpa diketahui anaknya yang sorang ni belum lagi menjumpai calon.masih lagi dalam lingkungan menanti sebuah jawapan yang sekian lama ditunggu-tunggu...
dan saya mengerti,sebenarnya saya perlu,harus dan mesti redha jika jawapan akhirnya tidak mengundang bahagia.tidak mengapa, Allah itu MAHA PENYAYANG..Di mana-mana, Allah memberi kasih sayangnya.Saya serta hati saya tidak perlu risau akan itu semua..doakan saya juga akan mendapat suami yang soleh, yang mampu membimbing amanahnya..
kepada teman-teman yang sedang menempuh bahagia, semoga kalian semua bergembira dan semoga jodoh yang diberikan berkekalan sehingga akhir hayat..amin..
Di sini saya serta kan beberapa ciri calon yang baik.selamat menghayati...
Pemilihan calon
Islam ada menggariskan beberapa ciri-ciri bakal suami dan bakal isteri yang dituntut di dalam Islam. Namun, ia hanyalah panduan dan tiada paksaan untuk mengikut panduan-panduan ini.
Ciri-ciri bakal suami
• beriman & bertaqwa kepada Allah s.w.t
• bertanggungjawab terhadap semua benda
• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
• berilmu agama agar dapat membimbing bakal isteri dan anak-anak ke jalan yang benar
• tidak berpenyakit yang berat seperti gila, AIDS dan sebagainya
• rajin berusaha untuk kebaikan rumahtangga seperti mencari rezeki yang halal untuk kebahagiaan keluarga.
Ciri-ciri bakal isteri
• beriman & solehah
• rupa paras yang cantik dan elok
• memiliki akhlak-akhlak yang terpuji
• menentukan mas kahwin yang rendah
• wanita yang subur
• masih dara
• berasal dari keturunan yang baik
• bukan keturunan terdekat
Thursday, March 11, 2010
kesyukuran
Memanh Allah sentiasa ada..dekat sangat.bila kita perlukan DIA,pasti ada..terima kasih kepada insan2 yang begitu pada diriku saat aku butuh.Memang amat membantu..Moga rahmat Allah mengiringi hidup kalian...
Kepada ma dan abah,kak mintak maaf masih belum mahu pulang ke kampung..bukan sengaja tapi bimbang mahu meninggalkan motor..maaf!
Friday, January 22, 2010
TERKADANG...
Terkadang aku terasa kekosongan
Terkadang au terasa kesepian...
kalian tahu apa itu kosong?apa itu sepi?aku terasa saya lah manusia yang berada di dalam benua itu.Hati?usah disoal..ia sepi tiada kata2 yang mampu terungkap.Sepi dari rahmat Allah?tidak!Allah mengerti akan derita ini..cume aku yang terkadang melupakan Pencipta yang Maha Agung itu...bkn terkadang tapi sentiasa...masihkan aku layak untuk menikmati rahmatMu?sungguh aku insan hina dina..sungguh aku keterlaluan...
DIAM
Baik kah diam itu?bolehkah mencari penyelesaian?andai itu jalan terbaik...kenapa aku sering begini?terasa kotornya hati...terasa hinanya diri..andai aku mati begini,amankah aku di sana??ya Allah..sungguh aku insan yang tak layak dipandang...
Tuesday, December 15, 2009
TERLEWAT...
Bismillahirrahmannirahim...
Buat pertama kalinya saya kembali menulis di blog atau saya gelar teratak ilham ini...sebelum apa2, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kawan saya yang telah memberita perihal PENANGKAPAN DR ASRI..BEKAS MUFTI PERLIS... Terlewat betul saya mengetahui perihal ini.saya tidak tahu secara tepat bila beliau di tangkap. Dr Asri adalah ulama yang berani, berani dalam melontar pendapat sendiri. Saya tidak berani mengulas panjang lebar kerna saya masih lagi keliru..kenapa seorang ulama ditangkap? kenapa penjenayah di luar sana masih lagi mengecap hidup yang lazat? Hanya doa yang mampu saya titipkan agar peristiwa ini adalah kali terakhir.Hentikan pemnghinaan terhadap ulama,tanpa mereka bagaimana kita mahu menyelesaikan perihal agama? sudah cukup sangat kah ilmu di dada??
Bagi yang tidak mengenali beliau, anda semue boleh lah mencari@search di internet.Atau tontoni perbahasan di parlimen dalam youtube.Anda pasti teruja melihat perbahasan itu. Saya sendiri tertarik kepada perbahasan parlimen gara2 kes dr Asri walau saya bukan lah teruja dengan dunia politik. Semoga Dr. Asri segera di tamatkan penganiayaan ini...ALLAHUKBAR!!!!1
Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines






