Wednesday, August 26, 2009

KEPENATAN...

Semalam,saya mengalami keletihan yang amat.Pagi menghadiri kelas dan pada sebelah petangnya saya bersama2 kawan2 sibuk menguruskan hal praktikal.Soal nya bukan rumit tapi dek kerana perlu mengambil tandatangan puan penasihat,urusan itu menjadi leceh. Maka hari itu kami berlima (yani,nunis,ema,nisha n saya) menjadi seperti student yang paling sibuk. Penat terasa kerana bulan puasa, cuaca panas tapi kerana amanah itu kami tetap teruskan. Dan hari itu jugak saya mencari sedikit hadiah buat ema sempena besday nya...sememangnya saya seorang yang kurang arif untuk memberi hadiah,mahu beli apa??kerna saya lokek dan jarang sekali memberi..lebih banyak menerima..hehe.maka buat ema..die insan bertuah kerna mendapat hadiah dari orang seperti saya..dan juga Zati..kamu juga bisa mendapat title orang bertuah kerna ade sesuatu juga untuk kamu..Saya jadi teringat ade satu petikan di dalam novel ayat2 cinta karya Habiburrahman...ade hadis nabi.."Tahaadu tahaabu" salinglah kalian memberi hadiah maka kalian akan saling mencintai.."
Maka kepada Ema dan Zati..Selamat ulang tahun ya.Moga kalian berdua berada di dalam rahmatNya..Amin...

Monday, August 24, 2009

SESUATU....

Bercakap pasal bulan puasa ni...hari ni saya betul2 penat..dengan sebok dan kalut2 pasal praktikal..sampai 1 jam lebih kt cc semata2 untuk print segala surat praktikal...dan harga utk itu ialah RM7.30 x silap.Erm...mintak2 Allah masih berkenan pada hambaNya yang satu ni untuk dipermudahkan segala sesuatu...Petang tadi saya sempat membelek2 buku yang dibeli sudah berminggu rasanya...tapi masih x sempat untuk meneliti..tajuknya SOLAT TANPA PAHALA& KUASA SOLAT SUBUH..Penulisnya Muhammad Qusri al-Jifari...dan Syeikh M. Nuruddin Marbu Al-Makki..dalam tu die cerita pengalaman beliau pasal solat...dan sebenarnya saya hanya baca sekali lalu sahaja...tapi input yang saya dapat..dengarkan baik2..."RAMAI ORG SOLAT TAPI X SEMESTINYA SEMUA SOLAT MEREKA DITERIMA". Anda gerun mendengarkan statement ni??adakah?mungkinkah??Hanya Allah yang mengetahui....

Friday, August 21, 2009

EPILOG HAMBA

Wednesday, August 19, 2009

RAMADHAN....


akhirnya ramadhan tahun ni akan tiba x lama lagi....huhu..ape ye persiapan aku?dah ready ke blom ni?Tp ape pon aku cukup berterimasih dan bersyukur kepada Allah sebab aku masih lagi dikurniakan nikmat nyawa...terima kasih Ya Allah...

Monday, July 20, 2009

biase2...

assalamualaikum....cerita yang aku bawa kali ni,memang betul2 relate dengan kehidupan sebenarku..balik ke kampung hajat di hati mahu menenangkan diri sambil menikmati buah-buahan yang ada..syukur ada rezeki..dapat lah makan buah durian dan manggis yang abah ambik di tempat keje die...esoknya hari jumaat..aku hanya duduk di rumah dan seperti biasa dan sememangnya kebiasaan hanya itulah kegiatan aku iaitu menonton televisyen...hari sabtu aku pergi ke dewan sg tong untuk mengambil duit remaja...sebenarnya itu hanyalah untuk menarik golongan muda untuk menyertai parti politik itu...aku buat masa sekarang belum lagi mengset kan otak aku ni parti apa aku pilih...biarlah sampai masa aku pasti dapat berfikir matang..yang penting duit rm200 itu..hehe....dapatlah menampung hidup selagi duit PTPTN belum masuk ni..entah bila mahu masuk..aku pun dah berputus harap untuk terlalu berharap..biarlah..aku percaya aku dapat handle duit yang ada ni dalam masa terdesak ni..mintak Allah permudahkan jalannya...eleh,Dr hasrizal@saiful islam itu boleh je hidup kat Jordan tanpa duit..dia jauh beribu batu dari mak ayah sedangkan aku hanya 3 jam perjalanan je..faezah..be strong ok....u can do it..dont give up!!(konon bagi motivasi kat diri sendiri..hehe)...

tiba lah hari ahad...aku dengan tekadnya pergi ke klinik untuk memeriksa tahap kesihatan aku ni...alamak..kene ambik darah la plak..aduh hai..mula2 naik gerun aku..masakan tidak..aku takut tengok darah..sampaikan ake pernah terketar2 ketika membawa seplastik darah suatu ketika dulu..but now..aku dah gedek(besar),so aku bisa dong...bikin muka selamba..
(konon,aku lah paling selamba muke...kerek habis..)...dan pembantu perubatan tu cakap, ujian darah akan diketahui 2 minggu lagi...erm...aku dah mula sakit ni..erm...mintak2 Allah masih sudi memberi pinjam nyawa kepada aku..:( sememangnya ajal maut itu di tanganNya...aku yang sekadar hamba yang lemah lagi hina ini hanya mampu meminta belas ihsan agar nyawa aku masih ada...tiada siapa mahu ditimpa musibah..tiada siapa mahu susah..tetapi kadang2 susah dan lemah itu mengajar kita erti MUHASABAH..look at yourself...tanya pada diri..banyak mana ibadat dah buat?ALLAH dah betul2 kenal atau belum?macam mana plak dengan nabi,rasul?al-quran?ibu bapa?cukupkah amal kita selama hidup ni?..aku hanya mengingatkan diri sendiri yang semakin alpa ni..ya..aku memang teruk sekarang ni..solat pun dah lewat..mengaji pun dah jarang..dah lama sangat x hafal surah dan tengok maksud..lama sangat x buat.dah berbulan aku rasa..erm..manusia bernama SITI FAEZAH ini sering lalai...:(

Tuesday, July 14, 2009

HARGAI LAH DIRIMU



Biar hidup seorang dan berenang menuju Ilahi..
Dengan selesa dan bahagia..
Daripada hidup berdua dan merasai diri
Masih menggoda untuk semua..
Biar hidup sendiri dan
masih kekal serinya daripada
dikeliligi lelaki tetapi telah hilang maruah diri...
Lelaki terbaik tak mudah ditemui
dimana-mana..
Dia satu dalam seribu
Terlalu sukar untuk mencarinya..
Biar jadi rama-rama dengan sayap terang dan indah
Dari menjadi sang kelkatu yang menerjah api..
"HARGAILAH DIRIMU"

Saturday, July 11, 2009


kadang2 saya sebagai manusia biasa pasti terlalai dari landasan.Boleh kata bukan kadang2 tapi selalu.Agaknya nak menjadi manusia yang istiqomah itu bukan gampang ya?anda setuju pendapat saya?ye lah,masakan tidak,solat pun jarang yang kusyuk.bila je time solat,liatnya masyaallah..hanya ALLAH yang tau betapa malasnya nk solat di awal waktu. Sahabat saya sentiasa ingatkan supaya solat awal..tanpa dia ketahui sebenarnya saya sudah jarang solat di awal waktu.kadang2 di hujung waktu.Astaghfirullah...asam garam hidup manusia begitulah....so....sama2 la kite ubah diri..bia menjadi manusia yang dalam keredhaan..teringat satu ayat dalam satu filem "warak di sisi manusia..tapi hina di sisi Allah"..saat ayat itu dilafazkan,terdetik di hati saya. Aku kah itu?saya tidaklah warak,tapi bimbang hina di sisiNya lantaran terasa terlalu banyak dosa yang telah di buat. Bayangkan hidup selama 22 tahun ni, berapa banyak sangat ibadah yang dibuat?huhu..dasyat2 hidup manusia bernama SITI FAEZAH ni..bile la nak berubah dan jadi manusia beristiqomah??????????



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines