Thursday, July 14, 2011

luahan

hari itu, hari untuk saya keluar dari zon selesa saya.dengan berbekal kan tujuan untuk pergi temuduga bagi menyambung pengajian master saya, saya pergi ke shah alam. ya,tempat yang pernah saya kunjungi dulu.tempat yang masih sama dan hampir tiada perubahan apa-apa. pagi itu, saya turun dr umah kawan untuk ke uitm. sebelum sesi temuduga hati saya berdebar-debar.bimbang soalan apa yang akan ditanya. ditambah pula pastinya bahasa inggeris menjadi pengantara. saya bukanlah makhluk yang terlalu buta bahasa inggeris tetapi bila sudah lama tidak praktik, lidah jadi keras. almaklum lah duduk di kampung, xkan dengan ma abah nak speaking..hehe..nanti diorang cakap anak mat saleh celup mana sesat.tengok muka macam melayu pior...berbalik pada sesi temuduga..masuk ke dalam bilik temuduga, rasa berdebar hilang. hanya 3 soalan sahaja yang ditanya 1.perkenal kan diri 2. kenapa nak sambung study 3. sapa nak finance belaja ni?? hehe..buat penat saya berdebar aje...alhamdulillah semua berjalan lancar.entah bila result akan keluar.tapi jauh di sudut hati saya, saya mahu kerja. cari duit.untuk simpanan.umo sudah 24, masih lagi tiada simpanan.em...ya Allah, bantu lah aku permudahkan segala urusanku....



Copyright © 2008-2009http://putriilham87-faezah.blogspot.com/.All rights reserved. Terms of Service - Copyright/IP Policy - Guidelines