TAKDIR ALLAH ITU INDAH
Bukan senang menerima segala dugaan dengan hati yang terbuka.Bukan senang mententeramkan hati dan bukan sekelip mata sahaja melupakan apa yang terjadi melainkan duduk berteleku memotivasi diri dan bermuhasabah.Memang takdir Allah itu indah tetapi kadang-kadang hati yang liat sukar sebenarnya melihat. Ya Allah,kau hapuskanlah rasa terkilannya hati,kau tutuplah hatiku dari bersangka buruk dan kau jauhkanlah aku sejauh-jauhnya dari perkara buruk.Aku tidak ingin jadi jahat,aku tidak ingin berhati busuk.Cukuplah hanya kau yang mengetahui segala isi hatiku ini..
Takdir yang ku terima ini adalah tadbir darimu.Tiada pentadbir terbaik melainkan kau.Andai diriku ini tidak hebat di mata manusia, aku pinta biarlah aku insan dan makhlukmu yang kau kurniakan kehebatan SABAR yang tiada tepinya. Aku tidak ingin disanjung manusia sekiranya semua itu menjauhkan diriku darimu.Aku sedar kelemahan dan kekurangan diriku...cuma aku berharap tiada sekelumit pun dendam yang bersarang.Aku ingin sekali berhati emas, walau manusia tidak dapat merasa tetapi hanya kau yang tahu menilainya. Kau bahagiakanlah aku dengan kehidupanku selepas ini kerna aku punya tanggungjawab kepada keluarga.kepada suami,kepada bakal anak dalam kandungan ini dan seluruh ahli keluargaku.jadikanlah aku manusia yang sentiasa BERLAPANG DADA DAN SABAR kerana sesungguhnya TAKDIR DAN TADBIRMU ITU INDAH...
Friday, November 22, 2013
Saturday, July 27, 2013
BERSAWANG
Di bawah adalah gambar kami selepas di ijabkabulkan :)
Thursday, July 14, 2011
luahan
hari itu, hari untuk saya keluar dari zon selesa saya.dengan berbekal kan tujuan untuk pergi temuduga bagi menyambung pengajian master saya, saya pergi ke shah alam. ya,tempat yang pernah saya kunjungi dulu.tempat yang masih sama dan hampir tiada perubahan apa-apa. pagi itu, saya turun dr umah kawan untuk ke uitm. sebelum sesi temuduga hati saya berdebar-debar.bimbang soalan apa yang akan ditanya. ditambah pula pastinya bahasa inggeris menjadi pengantara. saya bukanlah makhluk yang terlalu buta bahasa inggeris tetapi bila sudah lama tidak praktik, lidah jadi keras. almaklum lah duduk di kampung, xkan dengan ma abah nak speaking..hehe..nanti diorang cakap anak mat saleh celup mana sesat.tengok muka macam melayu pior...berbalik pada sesi temuduga..masuk ke dalam bilik temuduga, rasa berdebar hilang. hanya 3 soalan sahaja yang ditanya 1.perkenal kan diri 2. kenapa nak sambung study 3. sapa nak finance belaja ni?? hehe..buat penat saya berdebar aje...alhamdulillah semua berjalan lancar.entah bila result akan keluar.tapi jauh di sudut hati saya, saya mahu kerja. cari duit.untuk simpanan.umo sudah 24, masih lagi tiada simpanan.em...ya Allah, bantu lah aku permudahkan segala urusanku....
Monday, March 21, 2011
I'M COMING BACK
Buat pertama kali nya untuk tahun ini, petang ini saya punya masa untuk menulis di blog ini. Sungguh terlalu lama rasa nya tidak menconteng di sini. Rindu itu ada tapi masa itu tiada...Erm..keringnya idea untuk menulis. Orang seperti saya begini lah..Jika mahu menulis, perlu idea itu datang sekelip mata aje.Kalau xde idea..macam ni lah.Merepak-repek aje..Bye...
Monday, September 27, 2010
bersawang..
sudah lama saya tidak aktif di dalam dunia blog.terasa bertahun tapi sebenarnya baru berbulan.terlalu banyak cerita yang terjadi, rasa tidak cukup untuk dicatatkan.kini, saya masih lagi penganggur terhormat.5 bulan tanpa 1 kerja apa pun.betul2 gila dibuatnya. emosi sudah tidak menentu.dunia menjadi sepi tanpa gelak tawa kawan2,kampus,rumah sewa dan sebagainya...
Sunday, April 18, 2010
Thursday, April 15, 2010
HARI TERAKHIR....PRAKTIKAL....
Dari pagi lagi, saya terasa sayu..sayu tuk meninggalkan bangunan itu.hati tiba2 tersentuh.walau ada perit jerihnya, saya terperangakap akan rasa sayu itu.sungguh.ketika meminta maaf dengan semua staff termasuk guard2 yg ade..sungguh hati saya tersentuh.entah bila punya masa tuk bersua lagi...
terimakasih kepada warga perkeso sekelian kerna peluang yang diberi...terimakasih jugak buat hadia2 yg diberikan..ade juga duit yang dihulurkan.sangat tersentuh sebenarnya...terimakasih sangat2...:)